Kluster Outlet
KSHOPPE
Maklumat lanjut
Satu pusat yang mengumpul dan memasarkan produk-produk Industri Asas Tani yang diusahakan oleh usahawan dan menjalankan urusniaga secara pemborongan atau peruncitan.
Medan Niaga Satok
Maklumat lanjut
Medan Niaga Satok (MNS) telah mendapat pengiktirafan negeri sebagai salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong bagi mencari pelbagai jenis hasilan pertanian dan produk agromakanan negeri Sarawak. Kerjasama dari Kerajaan Negeri pelbagai bantuan diberikan bagi memastikan Medan Niaga Satok maju dan bersih termasuklah bantuan dari segi kewangan. MNS dilihat sebagai satu projek yang lebih menyeluruh dengan menyediakan 1,000 lot niaga bagi semua komponen utama merangkumi Blok Kekal, Pasar Minggu, Pasar Borong dan Medan Selera Benteng Satok
Pasar Tani Kekal (PTK)
Maklumat lanjut
Pasar Tani Kekal (PTK) dibangunkan bertujuan untuk menambah bilangan outlet pasaran kekal dan menaik taraf infrastruktur pemasaran sedia ada.
Karavan Tani
Maklumat lanjut
Program Karavan Tani diilhamkan oleh YB Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah dipertanggungjawabkan untuk merangka, merancang dan melaksanakan program ini.
Agrobazaar Rakyat (ABR)
Maklumat lanjut
Projek Agrobazaar merupakan sebuah premis milik FAMA atau milik usahawan yang dinaik taraf sebagai satu platform menjual hasil-hasil pertanian secara terus dari sumber pengeluaran kepada pengguna di samping menjual barangan keperluan harian secara runcit pada harga yang berpatutan serta lain-lain hasil berasaskan pertanian.
Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR)

Agrobazaar R&R

Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
Maklumat lanjut
Pojek Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) merupakan satu pendekatan baru dalam membangunkan usahawan pemasar buah-buahan tempatan di seluruh negara. Projek GBBS telah dimulakan pada 26 April 2006 di seluruh negara sebagai salah satu strategi bagi mewujudkan ikatan kerjasama dan kesefahaman dengan usahawan gerai buah-buahan sedia ada bagi membantu pihak FAMA memperluaskan luang pasaran alternatfi pasaran buah-buahan tempatan.